Powered By Blogger

Rabu, 17 April 2013

:MUSLIMAH SEJATI : :



Hari ni adalah last saya nak meninggalkan rumah kesayangan dan pergi berjihad di jalan ALLAH. Nak jihad demi menuntut ilmu, yang dahagakan assignment, quiz, test & exam. Amboii, pandai saya mengayat :)

Ya, inilah masanya saya nak buktikan pada dunia pada mama papa saya pada adik-adik, yang saya dah berada peringkat universiti. Bukan tadika lagi, sekolah rendah lagi, sekolah menengah lagi, matrikulasi lagi. Ya, saya dah peringkat yang ke 5. Wah! Bangganya saya. Oppss, tak baik riak. Bersyukur sebab ALLAH makbulkan doa hamba-hambaNya ni yang dulunya UPSR 1A je, PMR 4A je, SPM apatah lagi 3A saja. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi. Saya kini adalah saya yang baru, mahu berubah kepada yang lebih baik lagi.

Ok la, buat masa ni kalau nak tahu. Dari awal lagi saya dah bercita-cita nak masuk universiti. Saya fikir universiti ni hanya orang-orang yang pandai je yang masuk. And saya salah, sangkaan saya salah. hee~
Tu mana adil kan? Habis tu, orang yang kurang cerdik ni macam saya nak kerja apa nanti? hehehe

Enough, 'apa ntah aku melalut ni'. Anyway, saya nak cakap je. Lepas ni, saya dah masuk Semester 2 for my Degree :) Doakan saya berjaya tau, past exam ni dengan 3.0 above :'(  Semester 1 tak tercapai. Takpa, Nujma. Allah Maha Mengetahui. Sabar eh :)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar